Positive with nature

Positive with nature
remember when you have a good time, stay strong when you are down

Wednesday, April 29, 2015

PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA : DATUK HARIMAU


PENGENALAN
Permainan Datuk Harimau atau Tuk Harimau masih lagi dimainkan dan popular sehingga sekarang. Permainan ini boleh menghiburkan dan sesuai dijadikan sebagai salah satu permainan kecil dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah. Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak tak kira lelaki atau perempuan. Permainan ini juga bertujuan untuk menguji pemain supaya bertindak dengan pantas. Seperti kebanyakan permainan kanak-kanak yang lain, permainan ini tidak memerlukan sebarang alatan. Datuk Harimau ini hampir sama dengan permainan A.E.I.O.U.


TEMPAT

Datuk Harimau sesuai dimainkan di halaman rumah atau di kawasan yang lapang. Had kawasan permainan boleh ditentukan oleh pemain.


PERALATAN

Tiada sebarang peralatan yang diperlukan untuk permainan ini tidak memerlukan sebarang peralatan. 


PEMAIN 

Jumlah pemain tidak dihadkan. Namun begitu perlu bersesuaian dengan keluasan tempat permainan supaya permainan ini jadi lebih menarik. Datuk Harimau boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan.


LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN

  1. Andaikan terdapat 11 orang pemain. Undian dilakukan bagi menentukan pemain yang akan menjadi Datuk Harimau. Cara undian yang dicadangkan untuk dilakukan ialah dengan mengambil 11 batang kemuncup yang tidak sama panjang. Kemudian, cabutan akan dibuat satu per satu oleh setiap pemain. Seterusnya, pemain yang mendapat batang kemuncup paling pendek akan menjadi Datuk Harimau. (Foto 2)
  2. Datuk Harimau akan berjalan perlahan-lahan ke hadapan. Biasanya pemain ini berjalan setapak demi setapak. Pemain-pemain lain mengekorinya dari belakang. (Foto 3)
  3. 10 pemain lain perlulah berhati-hati semasa mengikuti Datuk Harimau.
  4. Sambil mengikuti Datuk Harimau, pemain-pemain lain akan bertanya kepada Datuk Harimau, "Tuk.....tuk.....tuk pukul berapa Datuk Harimau...?
  5. Setiap kali ditanya, Datuk Harimau akan menjawab "Pukul 1.00...!" Pemain-pemain lain akan terus bertanya sehinggalah Datuk Harimau menjawab "Pukul 12.00." Sekali-sekala datuk harimau akan mengacah atau mengacau pemain-pemain. Selalunya pemain-pemain akan terkejut. (Foto 4)
  6. Sebaik sahaja Datuk Harimau menjawab "Pukul 12.00," Datuk Harimau akan mengejar pemain. Pemain-pemain segera berlari melepasi garisan kawasan selamat. (Foto 5)
  7. Mana-mana pemain yang berjaya ditangkap oleh Datuk Harimau akan menjadi Datuk Harimau pula. Pemainan akan dijalankan dari mula oleh Datuk Harimau yang baru. Jika Datuk Harimau tidak berjaya menangkap mana-mana pemain, maka permainan diulang semula.
  8. Permainan boleh diberhentikan atas persetujuan semua pemain.











1 comment: