Positive with nature

Positive with nature
remember when you have a good time, stay strong when you are down

Wednesday, April 29, 2015

PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA : DATUK HARIMAU


PENGENALAN
Permainan Datuk Harimau atau Tuk Harimau masih lagi dimainkan dan popular sehingga sekarang. Permainan ini boleh menghiburkan dan sesuai dijadikan sebagai salah satu permainan kecil dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah. Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak tak kira lelaki atau perempuan. Permainan ini juga bertujuan untuk menguji pemain supaya bertindak dengan pantas. Seperti kebanyakan permainan kanak-kanak yang lain, permainan ini tidak memerlukan sebarang alatan. Datuk Harimau ini hampir sama dengan permainan A.E.I.O.U.


TEMPAT

Datuk Harimau sesuai dimainkan di halaman rumah atau di kawasan yang lapang. Had kawasan permainan boleh ditentukan oleh pemain.


PERALATAN

Tiada sebarang peralatan yang diperlukan untuk permainan ini tidak memerlukan sebarang peralatan. 


PEMAIN 

Jumlah pemain tidak dihadkan. Namun begitu perlu bersesuaian dengan keluasan tempat permainan supaya permainan ini jadi lebih menarik. Datuk Harimau boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan.


LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN

  1. Andaikan terdapat 11 orang pemain. Undian dilakukan bagi menentukan pemain yang akan menjadi Datuk Harimau. Cara undian yang dicadangkan untuk dilakukan ialah dengan mengambil 11 batang kemuncup yang tidak sama panjang. Kemudian, cabutan akan dibuat satu per satu oleh setiap pemain. Seterusnya, pemain yang mendapat batang kemuncup paling pendek akan menjadi Datuk Harimau. (Foto 2)
  2. Datuk Harimau akan berjalan perlahan-lahan ke hadapan. Biasanya pemain ini berjalan setapak demi setapak. Pemain-pemain lain mengekorinya dari belakang. (Foto 3)
  3. 10 pemain lain perlulah berhati-hati semasa mengikuti Datuk Harimau.
  4. Sambil mengikuti Datuk Harimau, pemain-pemain lain akan bertanya kepada Datuk Harimau, "Tuk.....tuk.....tuk pukul berapa Datuk Harimau...?
  5. Setiap kali ditanya, Datuk Harimau akan menjawab "Pukul 1.00...!" Pemain-pemain lain akan terus bertanya sehinggalah Datuk Harimau menjawab "Pukul 12.00." Sekali-sekala datuk harimau akan mengacah atau mengacau pemain-pemain. Selalunya pemain-pemain akan terkejut. (Foto 4)
  6. Sebaik sahaja Datuk Harimau menjawab "Pukul 12.00," Datuk Harimau akan mengejar pemain. Pemain-pemain segera berlari melepasi garisan kawasan selamat. (Foto 5)
  7. Mana-mana pemain yang berjaya ditangkap oleh Datuk Harimau akan menjadi Datuk Harimau pula. Pemainan akan dijalankan dari mula oleh Datuk Harimau yang baru. Jika Datuk Harimau tidak berjaya menangkap mana-mana pemain, maka permainan diulang semula.
  8. Permainan boleh diberhentikan atas persetujuan semua pemain.











Friday, March 15, 2013

OFF FIRECRACKERS, CHAINSAW AND A LORRY


Saje je buat tajuk dalam English sebab teringin nak buat tajuk essay dengan menggunakan “Off…bla bla bla bla…”. Huhu.

Aku ada seorang cousin sebaya dengan aku. Nama dia Syafiq. Dia ni belajar tak pandai mana. Takat PMR je. Itu pun ada exam yang dia tak datang. Time SPM pula langsung dia tak pergi. Dah hilang minat belajar kot. Biasalah dekat kampung yang bertaraf luar bandar ni memang ada budak budak yang macam ni. Even dekat K.L pun ada remaja yang berkongsi “HOBI” yang sama.

Di kalangan orang kampung aku, Syafiq ni memang terkenal sebagai tauke mercun. Kalau time bulan puasa and musim raya, budak budak kecik kat kampung tu mesti cari dia sebab nak beli mercun. Seingat aku, Syafiq ni jadi tauke mercun sejak dia form 5. Dari mana dia dapat stock pun aku tak tahu.

Sebagai pemuda kampung yang sejati, dia rajin merayau naik motor ke hulu ke hilir. Kejap pergi kebun, kejap pergi pekan, kejap rumah saudara mara. Waktu dia umur 18 tahun, nak dekat musim raya yang waktu tu hampir penghujung tahun, Syafiq seperti biasa memulakan aktiviti perniagaan dia. Dengan modal yang tak seberapa, dia beli mercun dari supplier dan jual mercun tu pada kanak kanak dan belia belia kampung. Kalau kanak kanak tu, dia just jual mercun dan bunga api yang berisiko rendah. Yang mercun canggih canggih je dia jual kat belia belia kampung yang suka memekak time malam, lagi lagi time tarawikh. Sedikit demi sedikit dia menggandakan untung dia lebih lebih lagi pada minggu pertama Aidilfitri. Mungkin jumlah collection dia antara RM 300-RM 500. Aku pun tak pasti sebab memang dia takkan bagitahu.

Selang beberapa bulan kemudian, dia masuk ke alam usia 19 tahun. Dengan duit simpanan hasil jualan mercun tersebut, Syafiq dengan confidentnya bagitahu ayah dia mengenai hasrat nak beli mesin chainsaw. Ayah dia yang aku gelar Pak Teh, hanya seorang tukang buat rumah di kampung. Pak Teh yang sudah faham dengan hasrat dan tujuan Syafiq untuk beli mesin chainsaw terus memberi anaknya tambahan beberapa ratus untuk menggenapkan duit Syafiq yang sedia ada. With that little sum of money, dia pergi beli mesin chainsaw (not sure first hand or second hand punya chainsaw).

Tak sampai sehari, Syafiq dah belajar untuk tebang pokok dengan pemantauan abang abangnya. Untuk orang kampung macam dia ni, nak belajar skill macam ni memang kacang goreng je kot. Tak payah susah susah baca manual bagai. Setelah yakin dengan kemahiran baru tu, Syafiq mula merayau ke sekeliling kampung kampung berdekatan untuk menawarkan khidmat menebang pokok. Mungkin dia sendiri dah tahu mana kawasan yang menjadi sasaran. Kebun getah, kebun kebun biasa, pokok pokok belakang rumah orang kampung, and lain lain. Dia ambik upah tebang RM 50 untuk sebatang pokok. Kerja dia hanya tebang je. Kalau rajin, baru dia tolong kemaskan sekali. Bayangkanlah RM 50 untuk sebatang pokok. Kalau 40 batang, kan dah RM 2000. Dengan kudarat pemuda orang kampung, nak tebang setakat 40 batang tu ambik masa 2-3 hari je. Kalau orang bandar macam aku ni, tebang satu pokok pun dah pancit. Huhu. Dengan hasil usaha dan kerajinan dia, cousin aku ni dapat kumpul hampir RM5000 dalam masa kurang seminggu! Gaji pegawai kerajaan pun tak leh dapat banyak macam ni. 

Dengan duit yang banyak tu, dia gunakan untuk membeli sebuah lori 3 tan. Rasanya lori tu mungkin second hand. Tapi tengok gaya macam dah third, fourth, fifth hand pun ada. Sebab tu dia dapat beli lori dengan harga yang tersangat murah. Tak sampai RM 5000 pun. Cousin aku ni reti bawa lori. Tapi disebabkan dia takde lesen untuk drive lori, dia daftarkan lori tu bawah nama abang sulungnya, Azizul. Sejak dah ada lori, mesin chainsaw dia simpan di rumah dan hanya digunakan bila perlu sahaja. Lori tersebut menjadi alat untuk dia mencari lebih banyak rezeki.

Syafiq dan abang keduanya, Siaful, gunakan lori tersebut untuk beri perkhdimatan untuk mengangkut buah sawit dari kebun kebun sawit milik orang kampung ke kilang pemprosesan sawit berdekatan. Kebanyakan orang kampung aku, tanam sawit dalam skala kecik je. Kebun sawit bersaiz 1-10 ekar. Kalau ladang tu orang kata 10 ekar ke atas. Dengan lori yang ada, Syafiq dan Saiful boleh buat beberapa kali trip ulang alik antara kebun kebun sawit ke kilang. Upah yang diperolehi sehari mungkin mencecah atau mungkin lebih sikit dari RM 1000. Tolak duit minyak, tolak duit penat, berapa je sangat. Mungkin dengan mesin chainsaw lebih banyak bagi duit dia boleh buat. But for a guy like him, kerja angkut sawit antara kebun ke kilang is just a learning experience. Orang kata macam pergi kursus jugalah. Cuma kursus ni percuma malah dapat elaun up to RM1000 per day. 

Setelah beberapa bulan memahami sedikit sebanyak selok belok dunia sawit, dia mengatur stategi seterusnya. Dalam masa dia buat kerja kutip sawit, dia juga dah berjaya dapat lesen JPJ untuk drive lori. Selang beberapa bulan, Syafiq dah ada knowledge mengenai industri sawit, lesen lori, dan hasil collection upah angkut sawit yang berjumlah RM 20 000. Dengan adanya 3 perkara ni, Syafiq start his next move to grow the money even bigger. 

Syafiq dan Saiful menubuhkan syaikat bertaraf enterprise. Then dengan duit yang ada, dia beli lagi dua buah lori second hand. Dalam fasa baru ni, dia teruskan lagi ambik upah mengutip sawit di kebun kebun orang kampung dan hantar ke kilang. This time, 3 lori bekerja dan dia memanggil sepupu yang lain untuk membantu dan bersama sama buat duit. Dengan kapasiti yang ada ni, lebih banyak lori Syafiq dapat hantar ulang alik antara kebun dan kilang. Kalau buat kiraan kasar, dengan satu lori dia dapat collect RM1000 sehari. Dengan 3 buah lori, mungkin RM 3000 – RM 4000 sehari. Cuma dia kena bayar kepada sepupunya beberapa ratus sehari. Jadi, secara kasarnya, dia dapat collect RM 50K in one month! Kalau aku, or mostly young people umur 19 tahun macam dia ketika tu, maybe dah bejoli sana berjoli sini. He didn’t stop just like that.

Kewangan syarikat enterprise milik Syafiq dan Saiful makin kukuh. Dia tidak memilih untuk terus beroperasi sekitar kampungnya ambik upah hantar sawit dari kebun ke kilang. Dengan duit berpuluh ribu yang ada, dia pajak beberapa ladang  sawit skala kecil (10-20 ekar) di sekitar daerah Temerloh dan Maran. Mengambil upah cukup berbeza dengan pajak. Kalau ambik upah, modal yang keluar hanya duit minyak lori, teh ais, 100 plus, nasi sepinggan dua. Kalau pajak, dia kena guna modal beribu ribu untuk diberi kepada pemilik kebun atau ladang, and then dia ada hak untuk kutip semua hasil sawit dari kebun atau ladang tu, selama berbulan bulan (ikut tempoh pajakan). Hasil kutipan sawit tak perlu diberi satu sen pun kepada pemilik kebun atau ladang yang dipajak.

Operasi perniagaan Syafiq dan Saiful telah berubah dari ambik upah kepada style pajak. Disebabkan style memajak ni melibatkan ladang, Syafiq mengambil pekerja asing macam orang Myanmar dan Indon. Tugas pekerja ni just membaja pokok sawit dan mengait tandan sawit dari pokok. Syafiq dan Saiful sendiri masih lagi berfungsi sebagai pemandu. Disebabkan dua lori bersaiz tiga tan tak cukup untuk uruskan ladang ladang yang dipajak, dia mengupah beberapa lori lain milik penduduk setempat. Hasil dari style pajakan ladang membuatkan Syafiq bergelar tauke sawit yang ada banyak lori, ladang sawit dan pekerja. Semua ni ketika usianya nak masuk 20 tahun sahaja. Dia mampu membeli sebuah Toyota Hilux yang dia gunakan untuk pergi balik dari rumah di kampung ke ladang sawit yang satu hingga dua jam perjalanan. Secara bulanan, syarikat milik dua beradik ni mampu mengaut keuntungan lebih RM 60K setiap bulan.

Tauke sawit ni bukan seorang yang kedekut. Duit yang ada dia beri kepada Azizul untuk buka perniagaan mini market yang menjual barang basah seperti ikan, daging dan sayur sayuran. Lori pertama yang dibelinya turut digunakan oleh abangnya Azizul untuk ulang alik ke pasar borong Selayang setiap awal pagi untuk angkut stok fresh ke mini market di kampung.

Syafiq juga sponsor duit untuk renovate rumah mak ayah dia yang dia duduk until now. Dari 2 bilik tidur, kini dah jadi 4 bilik. Ruang dapur turut dibesarkan. Rumah dia kini dah ada computer, internet, and bermacam alat gadget yang menjadi idaman orang orang muda. Semua yang diinginkan sebagai anak muda berusia 20 tahun. Kemewahan alat gadget dan sebuah Toyota Hilux sudah memadai untuk orang kampung seperti dirinya dan Saiful. Untuk ayahnya, Pak Teh aku tu, dia dah tak perlu bekerja sebagai tukang rumah lagi. Syafiq membeli 3 ekor lembu 1 jantan dan 2 betina untuk Pak Teh jaga dan perlihara di kebun. Last sekali aku balik kampung, dah ada 5 ekor lembu. Besides that, dia buatkan satu tempat macam kolan ikan dekat kebun ayah dia. Adalah sikit bela udang dan ikan kat dalam tu.

Untuk adik dia yang bongsu, Kudin, tauke sawit ni bayarkan yuran universiti UiTM adiknya di Penang. Not just that. Waktu Kudin belajar dekat Penang tu kan, Kudin akan balik ke kampung naik flight dari Penang ke Kuantan. Then abang dia akan jemput dari airport ke kampung (2-3 jam jauhnya dari Kuantan). Kalau nak ikutkan, boleh je naik bas dari Penang ke Pahang. Tapi tauke dah banyak duit, bolehlah sponsor adik sendiri naik flight.

Ketika majlis hari raya aidilfitri, Syafiq yang kini tauke sawit akan aturkan majlis gathering keturunan dari moyang aku. Yang datang tu adalah nak dekat 200-300 orang. Dia sponsor sewa khemah, sumbangkan duit untuk tumbang sekor lembu, sponsor makan minum yang lain lain. Dah tiga tahun berturut turut dia sponsor. Sebelum ni memang kami tak pernah adakan gathering besar besaran time Aidilfitri. Kalau time Aidiladha tu tak payah ceritalah. 2 ekor lembu dia korbankan dengan ikhlas. Alhamdulillah. Murah rezeki. 

Perniagaan sawit dia tetap berjalan. Syafiq mengatur langkah seterusnya dengan mengambil kursus kontraktor kelas F dan Saiful pula kelas E. Pada ketika usia 22 tahun, Syafiq kini bergelar kontraktor. Dia dan abangnya ambik beberapa tender projek kerajaan macam buat jalan raya di kampung, pasang papan tanda and lain lain. Perniagaan sawit dia berkembang, projek sebagai kontraktor pun dia dapat. Memang murah rezeki dia.

Last year in 2012, pada usia nak masuk 24 tahun, dia dapat beli sebuah kereta Mazda RX 8. Alaaa… Mazda Sport tu. Dua pintu tu. Bikin aku jealoussss je. Isk. Dahlah dia beli kereta first hand. Siap bau kedai lagi tuuu. Nak jadikan cerita tu ni extreme sikit, lepas dia beli Mazda tu, dia beli pula sebuah traktor membajak. HAHAHA. Traktor tu nak bajak tanah pusaka atuk kitorang kat kampung. Bapak aku yg suruh dia settlekan tanah tu. Tebang semua pokok hutan dan tanam sawit. Traktor tu dia beli kat Johor. Waktu nak bawa traktor tu balik ke kampung dari Johor, dia ESCORT traktor tu dengan Mazda RX 8 dia. HAHAHA. Memang tak pernah dibuat orang.

Sehingga aku menulis topic ni, Syafiq hanya tinggal lagi satu semester sahaja sebelum tamat pengajian dalam bidang Diploma Perniagaan di bawah program pengajian jarak jauh, (PJJ). Manakala abangnya Saiful baru sahaja tamat pengajian. Saiful kata, Syafiq kena ulang satu semester. Sebab tu lambat sikit. Haha. Anyway, that’s my cousin. Cari duit banyak banyak dulu baru pandang nak ambik diploma bagai.

Starting from just a firecrackers, an 18 year old boy had already dream big to change his fate. Duit yang ada dikembangkan sedikit demi sedikit until it become more than enough for him and his entire family. Apa yang diperlukan hanya usaha dan iltizam yang tinggi di samping sokongan yang berterusan dari ahli keluarga sendiri.

p/s: Bila aku nak jadi jutawan pula ni??   >.<

MAXIM THE FRENCH GUY.

Aku selalu lepak dekat Restoran Ameer Ehsan, Desa Pandan. Biasanya untuk online and layan teh tarik. Ada satu malam tu, aku lepak dekat table bahagian luar kat bawah pokok. Sambil sambil aku sibuk ber-twitter, mata aku ternampak sorang mamat ni. 
MAT SALEH KULIT PUTIH DEKAT DESA PANDAN? WHY DESA PANDAN? Kenapa??

Aku pelik sebab Desa Pandan ni bukan tempat hang out mat saleh time time malam macam tu. That time was 10 p.m you know. And apa yg membuatkan mata aku tertumpu pada mat saleh tu is because he is eating  roti naan dengan ayam tandoori. Haha.

Disebabkan memerhati gerak geri orang ni dah menjadi hobi aku, so aku terus tengok dia mencekik. Dari gaya dia, aku rasa dia ni macam orang kerja I.T sebab ada lah sikit gaya I.T nerd macam tu. Huhu. After tengok dia sedap je mengunyah ayam, aku pun lapar and balik rumah untuk makan malam.

One day, around pukul 11 a.m, aku pergi ke restoran tu nak layan roti canai jap. Late breakfast lah kononnya. Then nak dekat pukul 12 tgh hari aku pun nak gerak pergi Wangsa Maju. On the way ke kereta, tiba tiba aku ternampak mat salleh tu berlari nak kejar bas Rapid KL. Tapi disebabkan dia terlalu jauh, driver bas tu maybe tak nampak dia tengah kejar bas. So, dia berhenti berlari dengan muka agak kecewa. Aku dengan selambanya tanya,

Me:              Hey there. You need a ride?
Mat Saleh:    …….. (tercungap cungap)
Me:             You look like you are rushing.
Mat saleh:    Yeah. I missed the bus. But I’m not rushing.
Me:              So…. do you need a ride?
Mat saleh:    Can I?
Me:              Yeah. Of course you can. I’m going to the same direction like the bus you missed.
Mat saleh:   Okay then. Thanks. If not, I have to wait for half an hour for the next bus. (Sambil buka pintu kereta.)
Me:              I’m sorry. It’s just a small car. (“MINI COOPER” made in Malaysia)
Mat Saleh:    It’s fine. I should be thankful instead.

On the way ke Dato Keramat, aku sempat borak dengan dia. Nama mat saleh ni PHELIPE MAXIM (maybe macam tu ejaan dia.) Umur 35 tahun. Berasal dari Lille, kawasan utara France. Dia ni PENSYARAH BAHASA PERANCIS dekat sebuah IPTS and bukan kerja I.T macam aku sangkakan. Katanya, baru sebulan ada dekat Malaysia. Tapi sebelum ni dia pernah datang Malaysia sebagai pelancong. Tinggi dia maybe 185 cm -190 cm. Pakai spec mata and dia ada subang kat telinga belah kiri. Orang kata, kalau lelaki pakai cuma satu sahaja subang and dekat telinga kiri, maknanya orang tu gay. Well, tak baik buruk sangka. Maybe tu just style orang eropah je.

Sebelum sampai ke Dato’ Keramat, aku sempat tanya something yg menjadi persoalan bagi aku.

KENAPA MAXIM TINGGAL DEKAT DESA PANDAN? 

Sebenarnya, kalau nak ikutkan peta and demographic penempatan, Desa Pandan ni terletak derdekatan dengan Ampang Hilir, kawasan yg banyak tempat tinggal atau pejabat Kedutaan Negara Asing a.k.a kawasan diplomat. Tapi Desa Pandan sendiri adalah kawasan majoriti penduduknya orang Melayu dan banyak rumah flat serta bangunan kedai. Maxim kata, dia lebih prefer tinggal dekat kawasan macam Desa Pandan yg banyak local people dan orang melayu supaya dapat belajar budaya tempatan.

“I heard Chinese New Year is next week. So, I’m looking forward about it.” Kata Maxim yg konon kononnya excited nak tengok perayaan perayaan di Malaysia.

Selang beberapa hari, malam sabtu, aku terserempak dengan Maxim dekat Restoran Ameer Ehsan. Dia tengah makan Roti Naan + Ayam Tandoori AGAIN!  (maybe makanan favourite dia kot). Aku pun bertegur sapa and dia ajak duduk sekali. This time borak pasal makanan. Dia kata dia pernah try makanan lain macam Nasi Lemak, Laksa, Nasi Ayam, and nasi dengan lauk lauk masakan melayu. Then keluar pula topic pasal cuti Chinese New Year 2013. Dia dah plan nak pergi Cameron Highland dengan geng foreigners yg lain. Aku bagitahu Cameron Highland ni ada strawberry. And dia kata “What? That’s unbelievable”. Dia tak sangka Malaysia ada strawberry. Waktu aku kecik dulu pun aku tak sangka Malaysia ada strawberry! Lol. Then buka pula topic pasal Paris. Dia kata, sebenarnya Paris ni tak sebersih Kuala Lumpur and Singapore. “You can even find human poops on the street. Even so dog’s shit are everywhere”.
So, berdasarkan apa yang Maxim bagitahu, baru aku menghargai yg sebenarnya K.L is not that bad.

Apa pun semoga Maxim gembira dan selesa tinggal di Malaysia.
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu sentiasa beringat,


                   “DIRI KITA MENCERMINKAN BANGSA NEGARA KITA, MALAYSIA.”

Wednesday, March 13, 2013

Testing testing…..testing one two three.

Bismillah....

Assalamu alaikum w.b.t... Macam nak tulis buku pula dah,


Sebelum ni pun aku pernah ada blog. Tapi tersangatlah hambar and menyebabkan aku kurang yakin untuk bagi orang baca. So, this is my second attempt. Cuma kali ni kena ada keyakinan untuk menulis and bagi orang baca. After aku mula berkawan dengan beberapa orang kaki blog ni, and aku baca entry blog dorang and other blogs, aku rasa “OH…MACAM TU RUPANYA!”.

So, bermula lah perjalanan aku sebagai seorang blogger. As a new and NOOB blogger, aku expect blog aku sangat tak best. Even aku rasa memang takde orang nak baca pun. 

Aku plan nak update new entry at least once a week. Bosan ke, apa ke, belakang kira. Macam tu lah reality sebagai blogger kan? Peduli apa orang kata. Yang penting kita tahu sebab musabab kita buat sesuatu entry tu. 

Selamat membaca.  ;)