Saje je buat
tajuk dalam English sebab teringin nak buat tajuk essay dengan menggunakan
“Off…bla bla bla bla…”. Huhu.
Aku ada seorang cousin sebaya
dengan aku. Nama dia Syafiq. Dia ni belajar tak pandai mana. Takat PMR je. Itu
pun ada exam yang dia tak datang. Time SPM pula langsung dia tak pergi. Dah
hilang minat belajar kot. Biasalah dekat kampung yang bertaraf luar bandar ni
memang ada budak budak yang macam ni. Even dekat K.L pun ada remaja yang
berkongsi “HOBI” yang sama.
Di kalangan orang kampung aku, Syafiq
ni memang terkenal sebagai tauke mercun. Kalau time bulan puasa and musim raya,
budak budak kecik kat kampung tu mesti cari dia sebab nak beli mercun. Seingat aku,
Syafiq ni jadi tauke mercun sejak dia form 5. Dari mana dia dapat stock pun aku
tak tahu.
Sebagai pemuda kampung yang
sejati, dia rajin merayau naik motor ke hulu ke hilir. Kejap pergi kebun, kejap
pergi pekan, kejap rumah saudara mara. Waktu dia umur 18 tahun, nak dekat musim
raya yang waktu tu hampir penghujung tahun, Syafiq seperti biasa memulakan
aktiviti perniagaan dia. Dengan modal yang tak seberapa, dia beli mercun dari
supplier dan jual mercun tu pada kanak kanak dan belia belia kampung. Kalau
kanak kanak tu, dia just jual mercun dan bunga api yang berisiko rendah. Yang
mercun canggih canggih je dia jual kat belia belia kampung yang suka memekak
time malam, lagi lagi time tarawikh. Sedikit demi sedikit dia menggandakan
untung dia lebih lebih lagi pada minggu pertama Aidilfitri. Mungkin jumlah
collection dia antara RM 300-RM 500. Aku pun tak pasti sebab memang dia takkan
bagitahu.
Selang beberapa bulan kemudian, dia masuk ke alam usia 19 tahun. Dengan
duit simpanan hasil jualan mercun tersebut, Syafiq dengan confidentnya bagitahu
ayah dia mengenai hasrat nak beli mesin chainsaw. Ayah dia yang aku gelar Pak
Teh, hanya seorang tukang buat rumah di kampung. Pak Teh yang sudah faham dengan hasrat
dan tujuan Syafiq untuk beli mesin chainsaw terus memberi anaknya tambahan
beberapa ratus untuk menggenapkan duit Syafiq yang sedia ada. With that little
sum of money, dia pergi beli mesin chainsaw (not sure first hand or second hand
punya chainsaw).
Tak sampai sehari, Syafiq dah belajar untuk tebang pokok dengan pemantauan
abang abangnya. Untuk orang kampung macam dia ni, nak belajar skill macam ni
memang kacang goreng je kot. Tak payah susah susah baca manual bagai. Setelah
yakin dengan kemahiran baru tu, Syafiq mula merayau ke sekeliling kampung kampung
berdekatan untuk menawarkan khidmat menebang pokok. Mungkin dia sendiri dah
tahu mana kawasan yang menjadi sasaran. Kebun getah, kebun kebun biasa, pokok
pokok belakang rumah orang kampung, and lain lain. Dia ambik upah tebang RM 50
untuk sebatang pokok. Kerja dia hanya tebang je. Kalau rajin, baru dia tolong
kemaskan sekali. Bayangkanlah RM 50 untuk sebatang pokok. Kalau 40 batang, kan
dah RM 2000. Dengan kudarat pemuda orang kampung, nak tebang setakat 40 batang
tu ambik masa 2-3 hari je. Kalau orang bandar macam aku ni, tebang satu pokok
pun dah pancit. Huhu. Dengan hasil usaha dan kerajinan dia, cousin aku ni dapat
kumpul hampir RM5000 dalam masa kurang seminggu! Gaji pegawai kerajaan pun tak leh dapat banyak macam ni.
Dengan duit yang banyak tu, dia
gunakan untuk membeli sebuah lori 3 tan. Rasanya lori tu mungkin second hand.
Tapi tengok gaya macam dah third, fourth, fifth hand pun ada. Sebab tu dia
dapat beli lori dengan harga yang tersangat murah. Tak sampai RM 5000 pun.
Cousin aku ni reti bawa lori. Tapi disebabkan dia takde lesen untuk drive lori,
dia daftarkan lori tu bawah nama abang sulungnya, Azizul. Sejak dah ada lori,
mesin chainsaw dia simpan di rumah dan hanya digunakan bila perlu sahaja. Lori
tersebut menjadi alat untuk dia mencari lebih banyak rezeki.
Syafiq dan abang keduanya,
Siaful, gunakan lori tersebut untuk beri perkhdimatan untuk mengangkut buah
sawit dari kebun kebun sawit milik orang kampung ke kilang pemprosesan sawit
berdekatan. Kebanyakan orang kampung aku, tanam sawit dalam skala kecik je.
Kebun sawit bersaiz 1-10 ekar. Kalau ladang tu orang kata 10 ekar ke atas. Dengan
lori yang ada, Syafiq dan Saiful boleh buat beberapa kali trip ulang alik antara
kebun kebun sawit ke kilang. Upah yang diperolehi sehari mungkin mencecah atau
mungkin lebih sikit dari RM 1000. Tolak duit minyak, tolak duit penat, berapa
je sangat. Mungkin dengan mesin chainsaw lebih banyak bagi duit dia boleh buat.
But for a guy like him, kerja angkut sawit antara kebun ke kilang is just a
learning experience. Orang kata macam pergi kursus jugalah. Cuma kursus ni
percuma malah dapat elaun up to RM1000 per day.
Setelah beberapa bulan memahami
sedikit sebanyak selok belok dunia sawit, dia mengatur stategi seterusnya. Dalam
masa dia buat kerja kutip sawit, dia juga dah berjaya dapat lesen JPJ untuk
drive lori. Selang beberapa bulan, Syafiq dah ada knowledge mengenai industri
sawit, lesen lori, dan hasil collection upah angkut sawit yang berjumlah RM 20
000. Dengan adanya 3 perkara ni, Syafiq start his next move to grow the money
even bigger.
Syafiq dan Saiful menubuhkan
syaikat bertaraf enterprise. Then dengan duit yang ada, dia beli lagi dua buah
lori second hand. Dalam fasa baru ni, dia teruskan lagi ambik upah mengutip
sawit di kebun kebun orang kampung dan hantar ke kilang. This time, 3 lori
bekerja dan dia memanggil sepupu yang lain untuk membantu dan bersama sama buat
duit. Dengan kapasiti yang ada ni, lebih banyak lori Syafiq dapat hantar ulang
alik antara kebun dan kilang. Kalau buat kiraan kasar, dengan satu lori dia
dapat collect RM1000 sehari. Dengan 3 buah lori, mungkin RM 3000 – RM 4000
sehari. Cuma dia kena bayar kepada sepupunya beberapa ratus sehari. Jadi,
secara kasarnya, dia dapat collect RM 50K in one month! Kalau aku, or mostly
young people umur 19 tahun macam dia ketika tu, maybe dah bejoli sana berjoli
sini. He didn’t stop just like that.
Kewangan syarikat enterprise
milik Syafiq dan Saiful makin kukuh. Dia tidak memilih untuk terus beroperasi
sekitar kampungnya ambik upah hantar sawit dari kebun ke kilang. Dengan duit
berpuluh ribu yang ada, dia pajak beberapa ladang sawit skala kecil (10-20 ekar) di sekitar
daerah Temerloh dan Maran. Mengambil upah cukup berbeza dengan pajak. Kalau
ambik upah, modal yang keluar hanya duit minyak lori, teh ais, 100 plus, nasi
sepinggan dua. Kalau pajak, dia kena guna modal beribu ribu untuk diberi kepada
pemilik kebun atau ladang, and then dia ada hak untuk kutip semua hasil sawit
dari kebun atau ladang tu, selama berbulan bulan (ikut tempoh pajakan). Hasil
kutipan sawit tak perlu diberi satu sen pun kepada pemilik kebun atau ladang
yang dipajak.
Operasi perniagaan Syafiq dan
Saiful telah berubah dari ambik upah kepada style pajak. Disebabkan style
memajak ni melibatkan ladang, Syafiq mengambil pekerja asing macam orang
Myanmar dan Indon. Tugas pekerja ni just membaja pokok sawit dan mengait tandan
sawit dari pokok. Syafiq dan Saiful sendiri masih lagi berfungsi sebagai
pemandu. Disebabkan dua lori bersaiz tiga tan tak cukup untuk uruskan ladang
ladang yang dipajak, dia mengupah beberapa lori lain milik penduduk setempat.
Hasil dari style pajakan ladang membuatkan Syafiq bergelar tauke sawit yang ada
banyak lori, ladang sawit dan pekerja. Semua ni ketika usianya nak masuk 20
tahun sahaja. Dia mampu membeli sebuah Toyota Hilux yang dia gunakan untuk
pergi balik dari rumah di kampung ke ladang sawit yang satu hingga dua jam
perjalanan. Secara bulanan, syarikat milik dua beradik ni mampu mengaut
keuntungan lebih RM 60K setiap bulan.
Tauke sawit ni bukan seorang yang
kedekut. Duit yang ada dia beri kepada Azizul untuk buka perniagaan mini market
yang menjual barang basah seperti ikan, daging dan sayur sayuran. Lori pertama
yang dibelinya turut digunakan oleh abangnya Azizul untuk ulang alik ke pasar
borong Selayang setiap awal pagi untuk angkut stok fresh ke mini market di
kampung.
Syafiq juga sponsor duit untuk
renovate rumah mak ayah dia yang dia duduk until now. Dari 2 bilik tidur, kini
dah jadi 4 bilik. Ruang dapur turut dibesarkan. Rumah dia kini dah ada
computer, internet, and bermacam alat gadget yang menjadi idaman orang orang
muda. Semua yang diinginkan sebagai anak muda berusia 20 tahun. Kemewahan alat
gadget dan sebuah Toyota Hilux sudah memadai untuk orang kampung seperti dirinya
dan Saiful. Untuk ayahnya, Pak Teh aku tu, dia dah tak perlu bekerja sebagai
tukang rumah lagi. Syafiq membeli 3 ekor lembu 1 jantan dan 2 betina untuk Pak
Teh jaga dan perlihara di kebun. Last sekali aku balik kampung, dah ada 5 ekor
lembu. Besides that, dia buatkan satu tempat macam kolan ikan dekat kebun ayah
dia. Adalah sikit bela udang dan ikan kat dalam tu.
Untuk adik dia yang bongsu,
Kudin, tauke sawit ni bayarkan yuran universiti UiTM adiknya di Penang. Not
just that. Waktu Kudin belajar dekat Penang tu kan, Kudin akan balik ke kampung
naik flight dari Penang ke Kuantan. Then abang dia akan jemput dari airport ke
kampung (2-3 jam jauhnya dari Kuantan). Kalau nak ikutkan, boleh je naik bas
dari Penang ke Pahang. Tapi tauke dah banyak duit, bolehlah sponsor adik
sendiri naik flight.
Ketika majlis hari raya
aidilfitri, Syafiq yang kini tauke sawit akan aturkan majlis gathering
keturunan dari moyang aku. Yang datang tu adalah nak dekat 200-300 orang. Dia
sponsor sewa khemah, sumbangkan duit untuk tumbang sekor lembu, sponsor makan
minum yang lain lain. Dah tiga tahun berturut turut dia sponsor. Sebelum ni
memang kami tak pernah adakan gathering besar besaran time Aidilfitri. Kalau time Aidiladha tu tak payah ceritalah. 2 ekor lembu dia korbankan dengan ikhlas. Alhamdulillah. Murah rezeki.
Perniagaan sawit dia tetap
berjalan. Syafiq mengatur langkah seterusnya dengan mengambil kursus kontraktor
kelas F dan Saiful pula kelas E. Pada ketika usia 22 tahun, Syafiq kini
bergelar kontraktor. Dia dan abangnya ambik beberapa tender projek kerajaan
macam buat jalan raya di kampung, pasang papan tanda and lain lain. Perniagaan
sawit dia berkembang, projek sebagai kontraktor pun dia dapat. Memang murah
rezeki dia.
Last year in 2012, pada usia nak
masuk 24 tahun, dia dapat beli sebuah kereta Mazda RX 8. Alaaa… Mazda Sport tu.
Dua pintu tu. Bikin aku jealoussss je. Isk. Dahlah dia beli kereta first hand.
Siap bau kedai lagi tuuu. Nak jadikan cerita tu ni extreme sikit, lepas dia
beli Mazda tu, dia beli pula sebuah traktor membajak. HAHAHA. Traktor tu nak
bajak tanah pusaka atuk kitorang kat kampung. Bapak aku yg suruh dia settlekan
tanah tu. Tebang semua pokok hutan dan tanam sawit. Traktor tu dia beli kat
Johor. Waktu nak bawa traktor tu balik ke kampung dari Johor, dia ESCORT
traktor tu dengan Mazda RX 8 dia. HAHAHA. Memang tak pernah dibuat orang.
Sehingga aku menulis topic ni,
Syafiq hanya tinggal lagi satu semester sahaja sebelum tamat pengajian dalam bidang Diploma Perniagaan
di bawah program pengajian jarak jauh, (PJJ). Manakala abangnya Saiful baru
sahaja tamat pengajian. Saiful kata, Syafiq kena ulang satu semester. Sebab tu
lambat sikit. Haha. Anyway, that’s my cousin. Cari duit banyak banyak dulu baru
pandang nak ambik diploma bagai.
Starting from just a
firecrackers, an 18 year old boy had already dream big to change his fate. Duit
yang ada dikembangkan sedikit demi sedikit until it become more than enough for
him and his entire family. Apa yang diperlukan hanya usaha dan iltizam yang
tinggi di samping sokongan yang berterusan dari ahli keluarga sendiri.
p/s: Bila aku nak jadi jutawan
pula ni?? >.<
No comments:
Post a Comment