Positive with nature

Positive with nature
remember when you have a good time, stay strong when you are down

Friday, March 15, 2013

MAXIM THE FRENCH GUY.

Aku selalu lepak dekat Restoran Ameer Ehsan, Desa Pandan. Biasanya untuk online and layan teh tarik. Ada satu malam tu, aku lepak dekat table bahagian luar kat bawah pokok. Sambil sambil aku sibuk ber-twitter, mata aku ternampak sorang mamat ni. 
MAT SALEH KULIT PUTIH DEKAT DESA PANDAN? WHY DESA PANDAN? Kenapa??

Aku pelik sebab Desa Pandan ni bukan tempat hang out mat saleh time time malam macam tu. That time was 10 p.m you know. And apa yg membuatkan mata aku tertumpu pada mat saleh tu is because he is eating  roti naan dengan ayam tandoori. Haha.

Disebabkan memerhati gerak geri orang ni dah menjadi hobi aku, so aku terus tengok dia mencekik. Dari gaya dia, aku rasa dia ni macam orang kerja I.T sebab ada lah sikit gaya I.T nerd macam tu. Huhu. After tengok dia sedap je mengunyah ayam, aku pun lapar and balik rumah untuk makan malam.

One day, around pukul 11 a.m, aku pergi ke restoran tu nak layan roti canai jap. Late breakfast lah kononnya. Then nak dekat pukul 12 tgh hari aku pun nak gerak pergi Wangsa Maju. On the way ke kereta, tiba tiba aku ternampak mat salleh tu berlari nak kejar bas Rapid KL. Tapi disebabkan dia terlalu jauh, driver bas tu maybe tak nampak dia tengah kejar bas. So, dia berhenti berlari dengan muka agak kecewa. Aku dengan selambanya tanya,

Me:              Hey there. You need a ride?
Mat Saleh:    …….. (tercungap cungap)
Me:             You look like you are rushing.
Mat saleh:    Yeah. I missed the bus. But I’m not rushing.
Me:              So…. do you need a ride?
Mat saleh:    Can I?
Me:              Yeah. Of course you can. I’m going to the same direction like the bus you missed.
Mat saleh:   Okay then. Thanks. If not, I have to wait for half an hour for the next bus. (Sambil buka pintu kereta.)
Me:              I’m sorry. It’s just a small car. (“MINI COOPER” made in Malaysia)
Mat Saleh:    It’s fine. I should be thankful instead.

On the way ke Dato Keramat, aku sempat borak dengan dia. Nama mat saleh ni PHELIPE MAXIM (maybe macam tu ejaan dia.) Umur 35 tahun. Berasal dari Lille, kawasan utara France. Dia ni PENSYARAH BAHASA PERANCIS dekat sebuah IPTS and bukan kerja I.T macam aku sangkakan. Katanya, baru sebulan ada dekat Malaysia. Tapi sebelum ni dia pernah datang Malaysia sebagai pelancong. Tinggi dia maybe 185 cm -190 cm. Pakai spec mata and dia ada subang kat telinga belah kiri. Orang kata, kalau lelaki pakai cuma satu sahaja subang and dekat telinga kiri, maknanya orang tu gay. Well, tak baik buruk sangka. Maybe tu just style orang eropah je.

Sebelum sampai ke Dato’ Keramat, aku sempat tanya something yg menjadi persoalan bagi aku.

KENAPA MAXIM TINGGAL DEKAT DESA PANDAN? 

Sebenarnya, kalau nak ikutkan peta and demographic penempatan, Desa Pandan ni terletak derdekatan dengan Ampang Hilir, kawasan yg banyak tempat tinggal atau pejabat Kedutaan Negara Asing a.k.a kawasan diplomat. Tapi Desa Pandan sendiri adalah kawasan majoriti penduduknya orang Melayu dan banyak rumah flat serta bangunan kedai. Maxim kata, dia lebih prefer tinggal dekat kawasan macam Desa Pandan yg banyak local people dan orang melayu supaya dapat belajar budaya tempatan.

“I heard Chinese New Year is next week. So, I’m looking forward about it.” Kata Maxim yg konon kononnya excited nak tengok perayaan perayaan di Malaysia.

Selang beberapa hari, malam sabtu, aku terserempak dengan Maxim dekat Restoran Ameer Ehsan. Dia tengah makan Roti Naan + Ayam Tandoori AGAIN!  (maybe makanan favourite dia kot). Aku pun bertegur sapa and dia ajak duduk sekali. This time borak pasal makanan. Dia kata dia pernah try makanan lain macam Nasi Lemak, Laksa, Nasi Ayam, and nasi dengan lauk lauk masakan melayu. Then keluar pula topic pasal cuti Chinese New Year 2013. Dia dah plan nak pergi Cameron Highland dengan geng foreigners yg lain. Aku bagitahu Cameron Highland ni ada strawberry. And dia kata “What? That’s unbelievable”. Dia tak sangka Malaysia ada strawberry. Waktu aku kecik dulu pun aku tak sangka Malaysia ada strawberry! Lol. Then buka pula topic pasal Paris. Dia kata, sebenarnya Paris ni tak sebersih Kuala Lumpur and Singapore. “You can even find human poops on the street. Even so dog’s shit are everywhere”.
So, berdasarkan apa yang Maxim bagitahu, baru aku menghargai yg sebenarnya K.L is not that bad.

Apa pun semoga Maxim gembira dan selesa tinggal di Malaysia.
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu sentiasa beringat,


                   “DIRI KITA MENCERMINKAN BANGSA NEGARA KITA, MALAYSIA.”

No comments:

Post a Comment